DETIK PENUH DEBARAN
Thursday, January 29, 2009
Saturday, January 24, 2009
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)
1. Membina Negara Bangsa.
2. Membangunkan Modal Insan.
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan.
4. Merapatkan Jurang Pendidikan.
5. Memartabatkan Profesion Keguruan.
6. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
Posted by SK Jelapang Jaya at 12:46 AM
FALSAFAH PENDIDIKAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berktrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
berpandangan progresif
dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.
Posted by SK Jelapang Jaya at 12:18 AM
Friday, January 23, 2009
CERMIN DIRI
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
Posted by SK Jelapang Jaya at 1:38 AM
PIAGAM PELANGGAN
Posted by SK Jelapang Jaya at 12:09 AM
Thursday, January 22, 2009
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
_____________________
Usman Awang, 1979
Posted by SK Jelapang Jaya at 11:51 PM
VISI,MISI DAN MOTTO SEKOLAH
VISI SEKOLAH
Menjadikan SK Jelapang Jaya Cemerlang dalam Akademik, Ko-kurikulum Sahsiah dan Imej Sekolah.
MISI SEKOLAH
1. Melaksanakan pengurusan dan kepimpinan yang cekap, sistematik, telus dan tulus.
2. Melaksanakan pembelajaran & pengajaran berkualiti dan berkesan.
3. Memberi bimbingan pembentukan sahsiah yang sempurna.
4. Memupuk semangat kesukanan yang tinggi serta melibatkan semua murid secara aktif dalam kokurikulum.
5. Memantapkan program kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
MOTTO SEKOLAH
Berilmu, Berwawasan , Berjaya
Posted by SK Jelapang Jaya at 7:07 AM