BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

DETIK PENUH DEBARAN


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 22, 2011

Selamat Hari Raya buat Semua Warga SK. Jelapang Jaya




Wednesday, December 29, 2010

Pelan Lokasi SK Jelapang Jaya

Sunday, December 26, 2010

Pentadbiran Sekolah



Guru Besar


Pn. Dayang Hamsiah bt. Abang Mohtar



Penolong Kanan Pentadbiran :





Pn. Hjh. Noraizan bt. Labib

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid :



Pn. Noriah bt. Sibon


Penolong Kanan Kokurikulum





En. Saiful Adzuan b. Ismail

Friday, May 14, 2010

Lagu Sekolah

*SK Jelapang Jaya
Itulah sekolah kita
Berilmu berwawasan berjaya
Cita-cita semua
Guru gigih memberi ilmu
Mendidik murid untuk maju
Bersukan dan berbudaya
Memakmurkan anak bangsa
Berdisiplin gigih berusaha
Menjana generasi bestari
SKJJ terus cemerlang
Hingga ke puncak jaya
(Ulang *)

Thursday, January 29, 2009

LENCANA SEKOLAH


Lencana ini keseluruhannya berbentuk sebutir permata. Permata berwarna biru melambangkan murid-murid ibarat sebutir permata yang perlu digilap untuk mendapatkan sinarnya. Guru-guru danmurid-murid perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan itu.
Bentuk buku yang berada di atas rehal melambangkan sumber ilmu dunia dan akhirat yang perlu dicari bagi membina insan yang berkualiti dan berjaya. Sikap cintakan ilmu hingga ke tahap tertinggi perlu dipupuk oleh semua warga SKJJ.
Obor melambangkan ilmu penyuluh di masa hadapan. Semua warga SKJJ perlulah menerangkan kepentingan ilmu kepada murid-murid.
Jalur berwarna negeri Perak merupakan lambang murid dari Negeri Perak yang sentiasa sedia digilap untuk menyerlahkan bakat dalam pelbagai bidang terutama akademik, sahsiah, sukan dan kebudayaan bagi membentuk insan seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani.
Berusaha Berwawasan Berjaya adalah moto sekolah SKJJ. Ia merupakan kata-kata galakan bagi memberi semangat kepada murid-murid supaya berusaha kemudian membentuk satu wawasan dan akhirnya mengecapi kejayaan.


Saturday, January 24, 2009

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)

1. Membina Negara Bangsa.
2. Membangunkan Modal Insan.
3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan.
4. Merapatkan Jurang Pendidikan.
5. Memartabatkan Profesion Keguruan.
6. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.

FALSAFAH PENDIDIKAN


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berktrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang bepekerti mulia,
berpandangan progresif
dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta
menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin.